Program Senam Sihat Madani Merdeka 2026
30 Ogos 2026 | Aktiviti TerkiniProgram Senam Sihat MADANI Merdeka 2026 telah dengan jaya diadakan pada Sabtu 29 Ogos 2026 bertempat di NADI Sebandi Ulu dan Dewan Serbaguna Kampung Sebandi Ulu. Acara ini telah mendapat sambutan dengan kehadiran 57 orang peserta daripada kampung Sebandi Ulu dan kampung berhampiran. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan pada hari sebelumnya bagi menarik minat komuniti seperti saringan kesihatan, kuiz kesihatan, kelas menaip dan tontonan video kesihatan.
Senam Sihat telah diadakan di Dewan Serbaguna Kampung Sebandi Ulu bermula jam 8.00 pagi sehingga 9.00 pagi pada 29 Ogos 2026. Manakala, jamuan ringan, cabutan bertuah dan penyampaian hadiah telah jaya diadakan di NADI Sebandi Ulu dengan kehadiran Ketua Kaum Kampung Sebandi Ulu Puan Jama binti Haji Baylai. Tahniah kepada semua peserta kerana aktif sepanjang program diadakan dah syabas kepada semua pemenang cabutan bertuah. Semoga dengan program yang dirancakkan ini dapat memberi manfaat yang kepada komuniti yang terlibat.
Intipati program adalah seperti berikut:
• Pendaftaran
• Kelas Menaip
• Saringan kesihatan
• Tontonan video Studio Sihat
• Senam Sihat
• Cabutan bertuah dan penyampaian hadiah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: