Nadi 2u – Promosi Perkhidmatan Pintar, Kelas Asas Ict & Pengukuhan Microsoft Word
7 Januari 2026 | Aktiviti TerkiniPada 06 Januari 2026 – Petugas NADI Sebandi Ulu telah mengadakan Program NADI 2U untuk sesi pertama bagi tahun 2026. Kelas Asas ICT & Pengukuhan Microsoft Word ini juga bertujuan untuk mempromosikan NADI 4U kepada peserta. Para peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah diberi pendedahan secara berkala berkenaan penggunaan microsoft office dan beberapa latihan asas. Sepanjang kelas diadakan para peserta memberi respon yang baik dan menunjukkan kesungguhan dalam mengisi ruang waktu cuti sekolah dengan slot pembelajaran yang disediakan oleh NADI. Semoga dengan kemudahan yang disediakan di NADI Sebandi Ulu dapat memberi manfaat yang sewajarnya kepada komuniti terutama pelajar sekolah.
Intipati program adalah seperti berikut:
• Asas ICT & Promosi Perkhidmatan Pintar
• Latihan
• Penerangan sumber rujukan
• Soalan & Jawapan
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: